Cena menunggu detik sesuai lamar Nikki. FOTO Bleacherreport.com
Cena menunggu detik sesuai lamar Nikki. FOTO Bleacherreport.com
AP

Orlando (Florida): Penggusti terkenal WWE John Cena dan Nikki Bella akhirnya mengakhiri cabaran terbesar dalam hidup selepas mereka menumbangkan lawan pada WrestleMania.

Dua penggusti hebat itu membuat keputusan untuk berkahwin.

Cena melutut selepas pasangan itu bergandingan menewaskan duo The Miz and Marse pada perlawanan tag team WrestleMania 33, hari ini.

Satu kiriman twitter daripada WWE menunjukkan Cena melamarnya dengan cincin berlian.

Dia berkata dia sudah menunggu sangat lama untuk mengahwininya.

Nikki berkata ‘Ya’ dan memberikan ciuman kepada penggusti handalan lelaki itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 12:51 PM