John Cena ketika menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik di Anugerah Oscar 2024. FOTO REUTERS
John Cena ketika menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik di Anugerah Oscar 2024. FOTO REUTERS
Susunan Syafil Syazwan Jefri


Los Angeles: Pelakon, John Cena muncul 'berbogel' di pentas Anugerah Akademi atau Oscar 2024 yang berlangsung di Teater Dolby, Hollywood, di sini, pagi ini dengan hanya menutup bahagian kemaluan menggunakan sampul surat dan memakai Birkenstocks.

Cena tampil sedemikian saat menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik di acara itu.

"Kostum. Ia sangat penting. Mungkin benda paling penting," katanya.

Selain menjadi simbolik untuk kategori kostum, penampilan Cena itu juga mengimbau kenangan Anugerah Oscar 1974 di mana, seorang lelaki bogel berlari di pentas ketika acara menyambut kehadiran Elizabeth Taylor.

"Boleh bayangkan tak, kalau ada lelaki bogel berlari di tengah pentas hari ini?" tanya pengacara, John Kimmel kepada penonton.

Kimmel sempat bergurau dengan Cena dan mengatakan, dia sepatutnya rasa selesa kerana sebagai penggusti WWE, dia hanya tampil di pentas tanpa pakaian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 10:19 AM