ABDELAZIZ (tengah) ramal Khabib mampu menyinar dalam sukan gusti. FOTO Agensi
ABDELAZIZ (tengah) ramal Khabib mampu menyinar dalam sukan gusti. FOTO Agensi
Agensi

London: Khabib Nurgadomedov akan membelasah John Cena jika dia menjejakkan kaki ke gelanggang gusti, menurut pengurusnya, Ali Abdelaziz.

Bekas juara lightweight UFC kini menikmati persaraannya daripada sukan seni bela diri seperti diumumkan pada Oktober lalu.

Khabib, 32, dilaporkan tidak menolak kemungkinan tampil di WWE pada masa depan.

Abdelaziz tidak membantah idea jaguh Russia menyertai dunia gusti tetapi menegaskan sesiapa yang berani bertarung dengan The Eagle akan menerima nasib buruk.

Katanya kepadaTMZ: "Jika ada sesiapa berminat dan bergusti dengan Khabib dan sedia dibelasah, mereka tahu kepada siapa untuk mereka panggil.''

"Dia akan ke sana dan memecahkan muka John Cena, tiada masalah."

Khabib menggunakan masa terluang dengan menjadi jurulatih dan membantu rakan sepasukan dalam beberapa pertarungan sejak kebelakangan ini.

Dia yang bersara dengan rekod sempurna 29-0 kini mencatat 4-0 sebagai jurulatih.

Mengenai karier baharu Khabib, Abdelaziz berkata: "Dia tidak ego, sayangkan rakan dan anak didiknya dan dia sentiasa ada untuk mereka.''

"Anda akan melihat ramai generasi baru daripada pasukannya dan mereka akan mendominasi UFC dan MMA secara keseluruhannya.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 11:55 AM