SULTAN Hassanal Bolkiah mengurniakan darjah kebesaran negara Brunei kepada Abang Johari di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan. FOTO Ihsan Pejabat Premier Sarawak
SULTAN Hassanal Bolkiah mengurniakan darjah kebesaran negara Brunei kepada Abang Johari di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan. FOTO Ihsan Pejabat Premier Sarawak
Mohd Roji Kawi

Kuching: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg menerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei Dsrussalam Yang Ke-78, hari ini.

Abang Johari dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N) yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Pengurniaan darjah kebesaran itu diadakan Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Darjah P.S.N yang diterima Abang Johari itu membawa gelaran Dato Seri Setia.

Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada malam tadi.

Berangkat sama, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, Pengiran Muda Jefri Bolkiah serta pembesar negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 1:16 PM