NONNY.
NONNY.

Kuala Lumpur: "Seksi saja tapi tak jual diri untuk cepat kaya."

Demikian kata pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang mendedahkan menerima pelawaan ke ranjang susulan penampilan terbaharunya yang didakwa semakin seksi dan mencolok mata di Instagram.

Nonny berkata, dia hanya menjual produk bukan menjual tubuh badannya walaupun sudah empat tahun hidup menjanda.

"Saya jual produk bukan jual diri. Saya tiada teman lelaki, skandal, pernah berkahwin dan berstatus janda.

"Sudah empat tahun tidak disentuh. Kalian jangan main-main ye," tulisnya.

Dalam masa sama, Nonny turut memberi gambaran sudah serik untuk mendirikan rumah tangga atau mempunyai komitmen dalam perhubungan.

"Saya tidak mahu kahwin atau teman lelaki.

"Saya Bahagia begini. Permintaan yang mengarut saya maki setiap seorang.

"Ada yang ugut bunuh lagi? Saya sudah letih," katanya.

Tambahnya, dia sudah tidak mampu bertahan dengan segelintir pihak yang tidak serik 'mencuba nasib' untuk memiliki tubuhnya.

"Daripada berpurdah sehingga sekarang dengan makhluk sebegini.

"Jangan melampau. Lebih baik focus dengan kehidupan kalian," katanya.

Sebelum itu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 2019 tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama setahun.

Lama menghilang, Nonny baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video menari sambil berkemban.

Bukan itu sahaja, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga turut mengejutkan peminatnya apabila tampil membotakkan rambut dengan mesin pencukur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 1:22 PM