UNDERTAKER sebelum ini sudah pun mengumumkan persaraannya. FOTO Agensi
UNDERTAKER sebelum ini sudah pun mengumumkan persaraannya. FOTO Agensi
Agensi

New York: The Undertaker dilaporkan akan kembali beraksi di WWE bulan depan di Survivor Series.

Mendapat gelaran 'The Dead Man', beliau mengumumkan persaraan pada Jun lalu ketika episod final dokumentari Last Ride di usia 55 tahun.

Ia selepas aksi terakhirnya di WrestleMania 36 bertemu AJ Styles yang berlangsung sengit.

Undertaker pernah menyatakan akan kembali 'jika ada kecemasan' dan jika bos WWE, Vince McMahon memanggilnya.

Undertaker melakukan penampilan pertama pada saingan WWE di Survivor Series tahun 1990 dan saingan yang berlangsung bulan depan itu menandakan sudah 30 tahun Undertaker atau nama sebenarnya Mark Calaway beraksi di WWE.

WrestleVotes menyatakan Survivor Series 2020 akan tertumpu kepada 'ulang tahun ke-30 Undertaker'.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah beliau akan terbabit dengan sebarang perlawanan pada penampilan itu.

Khabar angin itu hadir beberapa hari selepas Undertaker dikaitkan akan membuat kemunculan semula untuk bertemu John Cena.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 9:27 PM