HOE Yean disenaraikan ke Paris 2024 menerusi tiket wild card. FOTO ARKIB NSTP
HOE Yean disenaraikan ke Paris 2024 menerusi tiket wild card. FOTO ARKIB NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Bilangan sebenar atlet negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 akan diketahui pada 8 Julai depan.

Yang pasti. ketika ini 25 atlet akan menggalas cabaran selepas Persekutuan Renang Malaysia (MAS) menyenaraikan dua atlet, Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin untuk beraksi atas tiket wild card.

Hoe Yean akan beraksi dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki manakala Rouxin bagi 100m kuak dada wanita.

Manakala satu lagi tempat akan diisi oleh atlet olahraga negara.

Begitupun, MAS masih menaruh harap akan ada seorang lagi atlet iaitu penerjun negara, Ooi Tze Liang turut mendapat perkhabaran gembira menerusi 'unused quota' iaitu lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.

Pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas ketika dihubungi berkata, MAS sudah menghantar emel kepada Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina) berhubung status itu.

"Harapan itu memang ada, tapi tipis. Emel sudah dihantar dan mereka menyuruh kita menunggu sehingga 8 Julai ini.

"Jika jika tidak menerima sebarang emel balas, bermakna tiada tempat untuk penerjun negara ke Paris 2024," katanya.

Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 7:05 PM