ALCARAZ bakal berdepan dengan Djokovic dalam aksi final Terbuka Cincinatti. FOTO AFP
ALCARAZ bakal berdepan dengan Djokovic dalam aksi final Terbuka Cincinatti. FOTO AFP
AFP

Cincinnati: Carlos Alcaraz menghalang lawannya daripada meraih mata kemenangan kemudian mengheret aksi ke tiebreak sebelum menumpaskan Hubert Hurkacz 2-6, 7-6 (7/4), 6-3 untuk mara ke final Terbuka ATP Cincinnati.

Pemain nombor satu dunia itu bangkit untuk menewaskan wakil Poland yang terkenal dengan servis kencang buat kali kedua dalam tempoh beberapa minggu, mendominasi set ketiga seterusnya berdepan Novak Djokovic di final.

Djokovic mara selepas mengalahkan Alexander Zverev dari Jerman 7-6 (7/5), 7-5 (7/5).

Kemenangan Alcaraz, selepas dua jam dan 18 minit beraksi, adalah kali ke-53 musim ini dan mencatat lima kekalahan.

Kemenangan itu memastikan dia akan kekal di kedudukan teratas dunia menuju ke Terbuka Amerika Syarikat (AS), yang bermula 28 Ogos depan.

"Ia adalah kejohanan yang sangat sukar untuk saya, semua perlawanan saya melalui tiga set," kata Alcaraz.

"Tetapi saya gembira memenangi perlawanan seperti ini dengan kekal kuat dari segi mental.

"Saya banyak membesar dengan pengalaman ini. Seronok berada di final," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 11:46 AM