Carlos Alcaraz
Carlos Alcaraz

Buenos Aires: Pemain yang berada di ranking kedua dunia Carlos Alcaraz terpaksa menerima hakikat perjuangannya di pentas kejohanan ATP Buenos Aires hanya setakat di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada lawannya dari Chile Nicolas Jarry.

Alcaraz yang juga juara bertahan kalah straight set menerusi pungutan mata 7-6 dan 6-3 dalam aksi yang berlangsung semalam.

Dia yang beraksi kali pertama sejak tewas di final Terbuka Australia pada awalnya meletakkan harapan untuk beraksi di pentas final sejak tewas kepada Novak Djokovic di Masters Cincinnati.

Jarry yang berada di kedudukan 21 dunia meraih kemenangan pertama terhadap Alcaraz dalam tiga pertemuan dan meraih kemenangan dalam tempoh dua jam terhadap Alcaraz.

"Ketiga kalinya beruntung," kata Jarry tentang kemenangannya atas Alcaraz.

"Alcaraz adalah salah satu pemain terbaik, jadi ini bererti banyak, terutama selepas pertembungan yang saya lalui beberapa hari yang lalu.

"Jika diikutkan ini adalah sangat sukar. Jadi saya cukup berpuas hati kerana sudah kembali pada tahap terbaik,"

Pemain itu akan bertemu wakil dari Argentina, Facundo Diaz Acosta, yang di final kejohanan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 1:33 PM