ALCARAZ tempat tiket ke final Terbuka Argentina. -FOTO EPA
ALCARAZ tempat tiket ke final Terbuka Argentina. -FOTO EPA
AFP

Buenos Aires: Pemain nombor dua dunia, Carlos Alcaraz, yang tidak beraksi selama empat bulan akibat kecederaan mara ke final acara kemunculan semulanya pada Sabtu di Terbuka ATP Argentina.

Pemain Sepanyol berusia 19 tahun yang merangkul kejuaraan Terbuka AS tahun lalu menundukkan rakan senegara Bernabe Zapata Miralles 6-2, 6-2 dalam masa 77 minit untuk menempah pertemuan Cameron Norrie dari Britain di final.

Alcaraz diletakkan sebagai pilihan utama beraksi dalam kejohanan pertamanya sejak Paris Masters tahun lalu selepas mengalami kecederaan di bahagian perut pada Januari berkata dia terlepas Terbuka Australia kerana kecederaan hamstring kanan.

Kemenangan di gelanggang tanah liat menentang pilihan kedua Norrie akan memberi makna yang besar buat Alcaraz.

"Ia adalah detik yang sangat istimewa untuk saya," kata Alcaraz.

"Saya sedikit kecewa selepas mengalami kecederaan, jadi saya perlu memulihkan keyakinan dan rentak dalam empat bulan lalu.

"Kembali untuk kejohanan pertama saya pada 2023 dan mara ke final adalah sangat istimewa untuk saya."

Alcaraz mempunyai rekod kemenangan 3-1 menentang Norrie, yang menewaskan pemain Peru Juan Pablo Varillas 7-6 (7/5), 6-4 dalam tempoh sejam dan 54 minit pada satu lagi separuh akhir semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 11:47 AM