DJOKOVIC akui sukar untuk tumbangkan Alcaraz di final Terbuka Cincinatti. FOTO Reuters
DJOKOVIC akui sukar untuk tumbangkan Alcaraz di final Terbuka Cincinatti. FOTO Reuters
AFP

Cincinnati: Novak Djokovic memerlukan lima kali mata akhir dan hampir empat jam untuk melakar kemenangan getir ke atas Carlos Alcaraz dan merangkul gelaran ketiga Terbuka Cincinnati hari ini.

Persaingan hebat antara dua pemain terbaik dunia menyaksikan Djokovic perlu mematahkan mata akhir lawan sebelum dia perlu mencuba sebanyak lima kali menamatkan permainan bagi mencatat kemenangan 5-7, 7-6 (9/7) , 7-6 (7/4).

"Ia tidak masuk akal, saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan," kata juara Grand Slam 23 kali itu, yang terpaksa menerima rawatan di set kedua.

"Sukar untuk digambarkan. Ia adalah perlawanan paling sukar yang pernah saya tempoh dalam hidup saya.

"Dari awal hingga akhir kami berdua melalui tahap tertinggi, terendah, mata yang luar biasa, permainan buruk, pukulan haba, kebangkitan semula.

"Secara keseluruhannya ini adalah perlawanan paling sukar dan paling menarik yang pernah saya sertai. Perlawanan seperti inilah yang saya perlu terus berusaha."

Ia adalah satu lagi babak epik kepada persaingan yang semakin meningkat antara pemain ranking teratas berusia 20 tahun, Alcaraz dan bintang Serbia berusia 36 tahun itu yang membalas dendam kekalahannya dalam perlawanan akhir Wimbledon lima set bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 1:43 PM