ALCARAZ pada sidang media. FOTO AFP
ALCARAZ pada sidang media. FOTO AFP
AFP

Cincinnati: Carlos Alcaraz segera melupakan kekalahannya pada suku akhir di Toronto Masters dan bersedia untuk meneruskan perseteruan dengan Novak Djokovic di Cincinnati Masters minggu depan.

Pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu tersingkir awal di Kanada selepas tewas di tangan Tommy Paul dalam pertarungan tiga set.

Tetapi pemain berusia 20 tahun itu tidak berminat untuk memikirkan kekalahan itu, sebalik kembali fokus kepada Cincinnati Masters, yang juga aksi pemanas badan terakhir sebelum misi mempertahankan mahkota Terbuka Amerika Syarikat (AS) akhir bulan ini.

Kali terakhir Alcaraz dan Djokovic bertemu adalah di final Wimbledon di mana sensasi muda Sepanyol itu memenangi pertarungan lima set.

Djokovic tidak beraksi sejak kekalahan itu sebulan yang lalu, dan Alcaraz tidak sabar untuk mengecewakan pemain Serbia itu sekali lagi.

"Anda mesti menikmatinya apabila pertempuran itu menentang salah seorang legenda dari sukan ini iaitu Novak," katanya.

Alcaraz tidak mahu terlalu memikirkan kekalahannya kepada Paul di Toronto.

"Misi utama adalah untuk kekal di kedudukan teratas. Jika saya kehilangan momentum, saya akan cuba memulihkannya secepat mungkin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2023 @ 11:13 AM