JOSEPHUS (kiri) bersama abangnya Lyles.
JOSEPHUS (kiri) bersama abangnya Lyles.
Reuters

Eugene: Juara bertahan 200 meter Noah Lyles berkata kehadiran adiknya sebagai rakan sepasukan menjadikan kejohanan dunia yang bermula di Eugene, Oregon hari ini lebih manis.

Jaguh Amerika Syarikat (AS) berusia 24 tahun itu pergi ke Jepun sendirian ketika meraih pingat gangsa Sukan Olimpik namun kini dia lebih gembira dengan adanya Josephus yang menjadi anggota kuartet 4x100 meter.

"Ia sangat berbeza berbanding di Tokyo. Pertama di tempat sendiri, kedua adik di sisi, ketiga mendapat sokongan seluruh keluarga di sini. Semua itu tidak berlaku di Tokyo dan saya mendapatnya di kejohanan dunia," katanya awal pagi tadi ketika AS bersiap sedia menganjurkan kejohanan dunia pertama mereka.

"Sangat baik mempunyai adik atau abang di sini. Pengalaman ini amat ditunggu kami sejak kami bertukar profesional.."

Lyles mencipta masa terpantas musim ini, 19.61 saat di Grand Prix NYC bulan lalu selepas menang di Liga Berlian Doha.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2022 @ 11:48 AM