LYLES atlet lelaki terpantas dunia.
LYLES atlet lelaki terpantas dunia.
AFP

Los Angeles: Noah Lyles dan Sha'Carri Richardson yang masih segar dengan gelaran 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Dunia akan beraksi di Prefontaine Classic yang juga Final Liga Berlian minggu depan.

Penganjur mengumumkan bintang olahraga Amerika Syarikat (AS) itu akan berentap di Hayward Field, Eugene di Oregon pada 16 September.

Sha'Carri menjuarai 100m di Kejohanan AS di Eugene pada Julai sebelum meraih gelaran dunia acara itu dan tempat ketiga di Budapest bulan lalu selain membantu kuartet 4x100 wanita memenangi emas.

Lyles mengesahkan statusnya sebagai lelaki terpantas dunia selepas menjuarai 100 dan 200m serta membantu kuartet 4x100m negaranya meraih emas.

Lyles muncul juara empat kali acara 200m di Final Liga Berlian selepas memenanginya pada 2017, 2018, 2019 dan 2022. Dia meraih gelaran pertama 100m selepas mencatat 9.83 saat untuk menduduki ranking pertama dunia tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 9:58 AM