LYLES turut mahu beraksi dalam acara 4x400 di Olimpik Paris. -FOTO Reuters
LYLES turut mahu beraksi dalam acara 4x400 di Olimpik Paris. -FOTO Reuters
AFP

Monaco: Juara 100m, 200m dan 4x100m dunia Noah Lyles, dia kini turut menyasarkan meraih emas dalam acara 4x400m pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Atlet Amerika Syarikat berusia 26 tahun itu akan berkunjung ke ibu negara Perancis pada musim panas depan sebagai pelari yang perlu ditewaskan selepas persembahan menakjubkan di kejohanan dunia Budapest awal tahun ini.

Lyles memaklumkan kepada pemberita di Monaco, seorang rakan memberinya idea untuk mencabar dirinya beraksi dalam acara itu.

"Saya bercakap dengan rakan rapat dan dia memberitahu saya 'Saya sudah tahu anda akan memenangi tiga emas, saya mahu anda menang empat," kata Lyles.

"Selepas apa yang saya lakukan di Budapest dan melihat apa yang badan saya boleh buat dan jika saya berlatih untuk itu, tiada apa yang rugi.

"Jika saya sihat dan saya berlatih untuk acara itu sepanjang tahun dan jika mereka membenarkan saya, mari kita lakukannya."

Lyles kini merekodkan catatan peribadi terbaik 9.83 saat (s) dan kurang berpengalaman dalam acara 400m, prestasi terbaiknya di Sukan Olimpik ialah pingat gangsa dalam 200m di Tokyo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2023 @ 11:56 AM