LYLES mahu buktikan dia adalah jaguh pecut dunia. -FOTO AFP
LYLES mahu buktikan dia adalah jaguh pecut dunia. -FOTO AFP
Reuters

New York: Noah Lyles mahu meneruskan dominasi dan pengaruhnya di dalam dan luar trek menjelang temasya Olimpik Paris, apabila juara dunia 100 meter (m) memulakan aksi Kejohanan Ujian Olimpik Amerika Syarikat (AS) minggu ini dengan harapan yang besar.

Catatan 9.85 saat (s) dalam acara 100m awal bulan ini di Kingston meletakkan Lyles tempat kedua di belakang pesaing muda dari Jamaica dan Oblique Seville dengan dia akan berusaha memperbaiki masa itu di Hayward Field di Eugene, Oregon.

"Saya merancang untuk mencatat masa bawah 9.80 saat di Kejohanan AS dan saya rasa itu akan menunjukkan kehebatan saya.

"Jika kita semua mahu, kita kena datang untuk dapatkannya," kata Lyles,

Lyles menghadapi cabaran sukar dalam kedua-dua acara tetapi dia mengatakan bahawa dia adalah orang yang berbeza sejak memenangi gangsa Olimpik dalam acara 200m tiga tahun lalu selepas pulih dari kesihatan mentalnya.

"Kadang-kadang saya kembali menonton perlumbaan lama saya dari tahun 2021 dan saya akan melihat diri saya dan berkata, 'Oh Tuhan, saya tidak kenal siapa lelaki itu tetapi saya bukan dia lagi'.

"Saya jauh berbeza dari itu, latihan saya dan tenaga saya sangat lain," katanya.

Lyles menjadi atlet pertama sejak Usain Bolt pada 2015 yang memenangi dua acara pecut di Kejohanan Dunia di Budapest tahun lalu dan berusaha untuk melakukan apa yang dilakukan oleh legenda Jamaica.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 12:09 PM