PANG Sock Tao mengangkat sumpah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.  FOTO Faiz Anuar
PANG Sock Tao mengangkat sumpah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Pang Sock Tao mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, hari ini.

Majlis angkat sumpah dan menandatangani surat sumpah dibuat di hadapan Speaker Dun Selangor, Lau Weng San pada pembukaan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kedua Dun Selangor.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Mei lalu, Sock Tao, 31, menewaskan tiga calon lain iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Beliau memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi.

PRK Dun Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 1:11 PM