NORMAN mempunyai simptom Covid-19 dan dimasukkan ke hospital. FOTO AFP
NORMAN mempunyai simptom Covid-19 dan dimasukkan ke hospital. FOTO AFP
AFP

Miami: Bekas jaguh golf Australia, Greg Norman berkata, beliau dimasukkan ke hospital kerana mempunyai simptom Covid-19

Beliau berkongsi perkara berkenaan berserta gambar di media sosial, Instgram sedang terbaring di katil hospital.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 65 tahun itu yang memenangi Terbuka British 1986 dan 1983 berkata, beliau mengalami simptom virus berkenaan walaupun ujian yang dilakukan Selasa lalu negatif dan ketika itu menjalani kuarantin di kediamannya di Florida.

Pada hari sambutan Krismas, Norman memuatnaik gambarnya sendiri berlatar belakangkan kelengkapan hospital dengan memakai melitup muka pasukan NFL Pittsburgh Steelers.

"Semuanya akhirnya terjawab. Sambutan Hari Natal saya," kata Norman dalam kapsyen gambar berkenaan.

Beliau berkata, mahu melupakan apa yang terjadi itu dan tidak mahu merasai lagi pengalaman berkenaan.

Norman berkata, dia mengalami demam sederhana, batuk, gatal-gatal dan sakit kepala.

Dia beraksi di Kejohanan PNC di Orlando minggu lalu bersama anaknya Greg Jr dengan berkongsi kedudukan tempat kesembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 2:13 PM