Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULAR
Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULAR
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial, diguna pakai oleh pihaknya.

Syarikat itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan, label notis itu digunakan untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil.

"Bagi pelanggan yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi turut menerima label notis tersebut, sila hubungi kami di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya, di sini, malam ini.

Terdahulu, tular di laman sosial dakwaan pengguna yang memaklumkan bekalan air terhenti secara tiba-tiba.

Individu itu kemudian keluar untuk memeriksa dan ternampak tanda merah terbabit.

Dakwaan itu turut memaklumkan imbas kod QR itu membawa kepada laman web yang pada pandangan pertama kelihatan seperti laman web Air Selangor yang sah tetapi sebaliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 10:02 PM