Woods (duduk) dan Charlie bergandingan dalam sat kejohanan. FOTO Agensi
Woods (duduk) dan Charlie bergandingan dalam sat kejohanan. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Tiger Woods akan bergandingan dengan anak lelakinya berusia 11 tahun, Charlie dalam satu kejohanan di Orlando bulan depan.

Legenda golf berusia 44 tahun itu akan membuat kemunculan pertama di Kejohanan PNC 2020 - di mana Woods akan bertanding dalam satu pasukan bersama anggota keluarganya di Kelab Golf The Ritz-Carlton Golf Club bermula 17-20 Disember ini.

Juara kejohanan utama sebanyak 15 kali itu berkata: "Saya tidak dapat memberitahu anda bagaimana terujanya saya untuk beraksi bersama Charlie dalam kejohanan rasmi pertama kami.

"Terasa hebat apabila menyaksikan dia menunjukkan peningkatan sebagai pemain golf muda dan ia mungkin sesuatu luar biasa beraksi dalam satu pasukan di Kejohanan PNC."

Kapten Piala Ryder Eropah, Padraig Harrington juga dijangka berada di lapangan bersama penyertaan John Daly, Bernhard Langer, Gary Player, Greg Norman dan Annika Sorenstam.

Woods kerap dilihat menjadi kedi kepada anak lelakinya sejak sekian lama.

Pada Ogos lalu, Woods menjadi kedi kepada anak lelakinya hanya seminggu selepas beraksi dalam Kejohanan ASPGA - kejohanan golf utama tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 2:50 PM