Dani Olmo
Dani Olmo
AFP

Donaueschingen(Jerman): Pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo lebih mengutamakan kemenangan pasukan daripada mengejar impian peribadi untuk meraih kasut emas Euro 2024.

Olmo dan Kane kini terikat dengan tiga gol bersama empat pemain lain dan jika ada antara mereka berdua meledak pada final awal pagi Isnin ini di Berlin, mereka boleh meraih anugerah berkenaan.

Bagaimanapun ketika Sepanyol mahukan rekod empat Kejohanan Eropah, Olmo berkata sasaran pasukan lebih penting berbanding kegemilangan individu.

"Ia adalah motivasi tambahan, jika ada ruang untuk itu, tapi selagi kami boleh menang, saya tak kisah sama ada saya boleh jaringkan gol atau jika (penjaga gol Sepanyol) Unai Simon melakukannya," kata Olmo kepada wartawan.

"Saya langsung tidak kisah, paling penting menang perlawanan, tapi saya sentiasa ada sasaran membantu jaringan."

Pemain tengah RB Leipzig itu bukanlah pilihan utama jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente tetapi mendatangkan impak yang baik apabila diberikan peluang masuk dari bangku simpanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 10:43 PM