Antara bintang utama pada perlawanan final Euro 2024
Antara bintang utama pada perlawanan final Euro 2024
Reuters

Berlin: Sepanyol berada pada tahap terbaik dengan England pula semakin mempamerkan aksi cemerlang sudah pastinya menjanjikan aksi menarik di pentas final Euro 2024 yang berlangsung awal pagi Isnin.

Kedua-dua pasukan mempunyai misi besar dengan bercita-cita melangkah ke Olympiastadion untuk mencapai matlamat masing-masing dengan cara berbeza.

Sepanyol yang dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan kepada rekod mereka melangkah ke final memenangi hampir semua perlawanan dalam tempoh 90 minit kecuali bertemu tuan rumah iaitu Jerman dengan keseluruhan 13 jaringan.

Sumbangan 'wonderkid' berusia 16 tahun Lamine Yamal hampir menamatkan kisah dongeng mereka sebagai pasukan terbaik untuk memenangi Euro 2024.

Lain pula England, jika dilihat pada awalnya hampir tersingkir pada peringkat 16 pasukan ketika menentang Slovakia sebelum Jude Bellingham menyumbat gol penyamaan pada masa kecederaan.

Pujian harus diberikan kepada England kerana mereka bangkit selepas perlawanan terbabit seterusnya mencipta kemenangan terhadap Belanda sekali gus memberi peringatan atau membuka mata semua pihak terhadap pasukan itu.

Perlawanan final adalah pentas akhir kedua berturut-turut buat England dengan sebelum ini mereka tumpas kepada Itali di Wembley menerusi sepakan penalti.

Mengikut rekod, England belum pernah lagi menjulang piala di kejohanan utama selepas kali terakhir adalah pada Piala Dunia 1966.

Lain pula dengan Sepanyol yang sebelum ini adalah juara di pentas Eropah sebanyak tiga kali selain turut memenangi Piala Dunia dan Liga Negara tahun lalu.

Ketika pujian sering diberikan kepada jurulatih mereka Luis de la Fuente yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama untuk menggalas cabaran itu sejak Piala Dunia Qatar yang menyaksikan Sepanyol tewas kepada Maghribi di pusingan 16 pasukan terbaik.

Kelebihan yang dimiliki adalah beliau mengenali sebahagian besar skuad itu sejak mereka masih muda selain turut memberi penekanan terhadap pengurusan pasukan yang baik.

Hampir enam tahun sudah berlalu sejak pertemuan terakhir antara England dan Sepanyol di Valencia, di mana England mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan bertahan untuk kemenangan 3-2.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 9:47 PM