Arab Saudi bakal menjadi tuan ruamh kepada Olimpik Esports.
Arab Saudi bakal menjadi tuan ruamh kepada Olimpik Esports.
AFP

Lausanne: Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kepada Olimpik Esports pertama pada tahun 2025 seperti yang diumumkan oleh Persatuan Olimpik Antarabangsa (IOC).

"Persatuan Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini mengumumkan bahawa sudah bermesyuarat bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Arab Saudi untuk menganjurkan sukan Olimpik Esports pertama 2025 di Arab Saudi.

"Usul ini akan dibentangkan kepada Sidang IOC, yang akan diadakan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

"Tempoh perkongsian antara IOC dan NOC Arab Saudi akan berlangsung selama 12 tahun, dengan Permainan Olimpik Esports diadakan secara berkala," kata badan induk itu.

Riyadh sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Esports pada Julai dan Ogos, di mana seramai 2,500 pemain akan bersaing untuk hadiah wang sebanyak $60 juta (RM300 juta).

IOC, dalam usahanya untuk menyelaraskan tradisi Olimpik dengan gaya moden, mengadakan "minggu e-sukan Olimpik" pertama di Singapura pada Jun 2023 menerusi 10 acara kategori campuran.

Pada Oktober lalu, IOC menubuhkan "jawatankuasa e-sukan" yang dipengerusikan oleh David Lappartient dari Persatuan Sukan Berbasikal Antarabangsa (UCI), untuk mempertimbangkan pertandingan yang diperuntukkan khas.

Walau bagaimanapun, Presiden IOC, Thomas Bach sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak melihat e-sukan sebagai sebahagian daripada Olimpik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 10:10 PM