Pemain berpengalaman Belgium Jan Vertonghen.
Pemain berpengalaman Belgium Jan Vertonghen.

AFP

Berlin: Pemain berpengalaman Belgium Jan Vertonghen menyatakan keyakinan bahawa rakan sepasukannya Romelu Lukaku mampu menjaringkan gol selepas mengharungi perlawanan yang menyedihkan dengan tewas kepada Slovakia pada perlawanan pembukaan Euro 2024.

Lukaku yang juga penjaring terbanyak Belgium menerusi 85 gol antarabangsa terlepas beberapa peluang dengan dua golnya dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) sebelum tewas 0-1 kepada Slovakia.

Pemain berusia 31 tahun itu beraksi dalam perlawanan kejohanan utama pertamanya sejak terlepas beberapa peluang penting menentang Croatia ketika Belgium tersingkir dari Piala Dunia 2022 di peringkat kumpulan.

Belgium akan berhadapan dengan Romania, yang memulakan kempen mereka dengan kemenangan mengagumkan 3-0 ke atas Ukraine, dalam perlawanan kedua Kumpulan E mereka di Cologne.

"Saya berkeyakinan terhadap Romelu, tidak ada seorang pun dalam pasukan ini yang saya lebih yakin, dari segi mental dan kualiti.

"Romelu sudah pastinya mengemari saat ini, ketika tekanan berada padanya, fokus kepada pemain itu.

"Lukaku akan beraksi sekali lagi pada hari Sabtu dan saya yakin dia akan menemui jalan ke gol," kata Vertonghen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 1:20 AM