MC Tominay (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Switzerland. FOTO AFP
MC Tominay (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Switzerland. FOTO AFP
Reuters

Cologne, Jerman: Scotland menghidupkan kembali peluang untuk mara ke peringkat 16 terakhir Euro 2024 selepas seri 1-1 dengan Switzerland dalam aksi Kumpulan A, awal pagi tadi.

Selepas dibelasah 1-5 oleh Jerman, Scotland yang mendapat sokongan puluhan ribu penyokong bermula cemerlang apabila percubaan Scott McTominay pada minit ke-13 membolehkan mereka di depan.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Switzerland menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik Xherdan Shaqiri pada minit ke-26.

Switzerland kini di tangga kedua di belakang pendahulu kumpulan Jerman dengan empat mata manakala Scotland ketiga dengan satu mata dan perlu menewaskan Hungary di Stuttgart untuk mara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 5:52 AM