BARISAN pemain England. FOTO Agensi
BARISAN pemain England. FOTO Agensi
Agensi

London: England diramal menjuarai Euro 2024 sekali gus memenanginya buat kali pertama sejak kejohanan itu dipertandingkan pada 1960.

Menurut ramalan Opta Supercomputer, England dijangka mara hingga ke final dengan skuad The Three Lions memiliki peluang sebanyak 19.12 peratus berbanding pasukan lain.

Walaupun ramai peminat bola sepak dunia menyifatkan corak permainan England agak membosankan namun mereka memiliki skuad yang mantap dari semua posisi dan mampu melakukan kejutan.

Skuad kendalian Gareth Southgate bakal bertemu Slovakia pada aksi pusingan 16 terakhir di Gelsenkirchen dengan England memiliki rekod yang baik ke atas Slovakia dan dijangka akan mara ke suku akhir.

Menurut pakar analisis Opta lagi, England kemungkinan bertemu Sepanyol di final nanti.

Selain England, pasukan tuan rumah Jerman menjadi pilihan kedua untuk memenangi edisi 2024 dengan meraih 16.09 peratus diikuti Sepanyol dengan 15.41 peratus.

Jerman dijadual menentang Denmark di pusingan 16 terbaik, manakala Sepanyol berdepan Georgia di pusingan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 1:47 AM