BAS dan keretapi jadi oilihan pasukan di Euro 2024. FOTO Agensi
BAS dan keretapi jadi oilihan pasukan di Euro 2024. FOTO Agensi
Reuters

Weimar, Jerman: Strategi UEFA untuk mengurangkan perjalanan udara di saingan Euro 2024 Jerman nampaknya membuahkan hasil, dengan pengurangan ketara penerbangan berbanding Euro 2016, kata badan induk bola sepak Eropah itu hari ini.

Menurut UEFA, edisi kali ini berjaya mengurangkan kos perjalanan apabila kebanyakan pasukan memilih menggunakan keretapi dan bas, babitkan jarak perjalanan di bawah tiga jam pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

"Aksi peringkat kumpulan menyaksikan penurunan 75% dalam jumlah penerbangan yang diambil oleh pasukan berbanding dengan edisi 2016,.

"Kebanyakan pasukan menggunakan bas dan keretapi yang dilihat lebih murah dengan Jarak yang tidak terlalu jauh," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, UEFA dikritik kerana menganjurkan kejohanan Euro 2020 yang diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 babitkan 11 buah negara.

Perjalanan udara yang menggunakan bahan api yang banyak turut mengundang pencemaran asap sekali gus menyumbang kepada pemanasan global.

Fifa turut dikecam apabila menganjurkan Piala Dunia 2026 di tiga buah negara babitkan Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico di mana perkhidmatan kapal terbang akan menjadi pengangkutan utama buat semua pasukan bertanding.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 11:42 PM