BARISAN pemain England giat menjalani latihan menjelang perlawanan pertama. FOTO REUTERS
BARISAN pemain England giat menjalani latihan menjelang perlawanan pertama. FOTO REUTERS
AFP

Gelsenkirchen: Pengurus England, Gareth Southgate berkata, pasukannya mesti menjadi 'luar biasa' untuk menamatkan kemarau kejuaraan utama selama 58 tahun ketika mereka bakal memulakan kempen Euro 2024 menentang Serbia, awal pagi esok.

England perlu mengatasi tekanan menjadi salah satu pasukan pilihan dalam kejohanan ini demgan Southgate berhasrat untuk membawa generasi berbakat yang dimilikinya ketika ini mencapai kejayaan.

Puluhan ribu penyokong England tiba di Gelsenkirchen bersemangat untuk melihat persembahan pasukan mereka selepas kekalahan mengejut 0-1 di tangan Iceland dalam perlawanan pemanas badan terakhir.

England berhasrat untuk menebus kekalahan mereka selepas tewas dalam perlawanan akhir Euro 2020 kepada Itali di halaman sendiri di Wembley.

Di bawah pimpinan Southgate, England hampir meraih kejayaan dalam dua edisi Piala Dunia dan pengurus England itu mengakui kali ini mungkin peluang terakhirnya untuk meraih kejayaan di kejohanan besar.

"Terdapat banyak pasukan yang bagus dalam kejohanan ini. Kami perlu menjadi luar biasa untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara lebih jauh," kata Southgate pada sidang akhbar sebelum perlawanan.

"Fokus kami adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dahulu. Apabila anda cuba mencapai perkara luar biasa, anda perlu memecahkannya kepada bahagian-bahagian kecil.

"Keutamaan pertama kami adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan terus berusaha selepas itu," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 8:06 PM