Southgate anggap peluang terbaik England julang trofi Euro 2020. FOTO REUTERS
Southgate anggap peluang terbaik England julang trofi Euro 2020. FOTO REUTERS
Reuters

GARETH Southgate berkata rekod England pada Euro 2020 ‘mengerikan’ tetapi skuad sekarang mempunyai peluang untuk menggembirakan negara itu sekali lagi.

England yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018, hanya berjaya ke separuh akhir Euro sekali dalam tempoh 50 tahun iaitu pada 1996 ketika Southgate beraksi bersama Three Lions ketika itu.

“Peluang adalah bersama kita untuk mara lebih lebih jauh berbanding kebanyakan pasukan lain sebelum ini dan rekod kami pada Kejohanan Eropah sangat mengerikan,” kata Southgate kepada media.

“Mereka mendapat peluang untuk menggembirakan negara kami sekali lagi.

Mereka tahun bagaimana dirasakan ketika semakin hampir dua tahun lalu dan kali ini mereka mendapat peluang untuk merasainya. Ia benar-benar hampir.”

England akan berdepan Croatia, Republik Czech Republic dan sama ada Scotland, Israel, Norway atau Serbia dalam Kumpulan D.

Mereka akan membuka kempen menentang Croatia pada 14 Jun.

England akan beraksi pada tiga perlawanan peringkat kumpulan di Wembley yang juga akan menjadi tuan rumah saingan separuh akhir dan final.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 3:31 PM