KANE yakin England bakal kembali pada prestasi terbaik. FOTO Reuters
KANE yakin England bakal kembali pada prestasi terbaik. FOTO Reuters
AFP

Frankfurt: Harry Kane menegaskan England akan mencari formula yang sesuai untuk kejayaan Euro 2024 walaupun mempamerkan persembahan hambar ketika seri 1-1 menentang Denmark sebentar tadi.

Skuad kendalian Gareth Southgate akan layak ke pusingan 16 terakhir sebagai pemenang Kumpulan C jika mereka mengalahkan Denmark di Frankfurt.

Kapten England, Kane memberi mereka permulaan yang sempurna dengan penyudah klinikal jarak dekat hasil hantaran silang Kyle Walker yang terbias pada minit ke-18.

Bagaimanapun, England kehilangan momentum mereka selepas itu dan Denmark menyamakan kedudukan pada minit ke-34 apabila Morten Hjulmand meledakkan rembatan jauh melepasi Jordan Pickford.

Kane, bertegas bahawa England akhirnya akan kembali bangkit semula untuk berada di landasan terbaik.

"Saya fikir kami sudah katakan sebelum kejohanan tidak ada perlawanan yang mudah dan saya rasa itu menunjukkannya," katanya.

"Kami mempunyai tahap yang boleh kami capai dan kami boleh menjadi lebih baik dengan mana-mana situasi.

"Kunci pasukan yang bagus ialah apabila anda tidak bermain pada tahap terbaik anda dan masih mencari jalan untuk mendapatkan keputusan seperti yang kami ada dalam dua perlawanan terakhir."

England masih berada di landasan untuk mara ke pusingan 16 terakhir apabila mereka menduduki tangga teratas kumpulan dengan empat mata menjelang perlawanan terakhir menentang Slovenia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 2:52 AM