DUAH (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO REUTERS
DUAH (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO REUTERS
Reuters

Cologne: Switzerland memulakan kempen Euro 2024 dengan kemenangan bergaya 3-1 dalam Kumpulan A ke atas Hungary, yang dianggap sebagai pasukan pilihan kempen kali ini.

Kwadwo Duah, Michel Aebischer dan Breel Embolo masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan sebentar tadi.

Duah meletakkan Switzerland di hadapan pada minit ke-12, gol yang pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid tetapi dibenarkan selepas semakan VAR.

Ia adalah gol pertama Duah untuk Switzerland dan Aebischer kemudian menambah gol kedua menerusi sepakan lencong yang hebat pada penghujung separuh masa pertama untuk meletakkan Switzerland selepas di depan berakhir separuh masa pertama.

Hungary, yang layak dengan cemerlang di bawah jurulatih Itali, Marco Rossi, meningkatkan cabaran selepas rehat dan Barnabas Varga merapatkan jurang minit ke-66 selepas menanduk masuk hantaran silang Dominik Szoboszlai.

Embolo memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan milik Switzerland.

Kemenangan itu menyaksikan Switzerland berkongsi tiga mata bersama tuan rumah, Jerman yang membelasah Scotland 5-1.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 11:16 PM