GREALISH berada dalam bahaya untuk diketepikan daripada skuad Eng;and menjelang Euro 2024. FOTO
GREALISH berada dalam bahaya untuk diketepikan daripada skuad Eng;and menjelang Euro 2024. FOTO
Reuters

London: Pengurus England, Gareth Southgate masih menimbang pilihan serangan untuk skuad Euro 2024 dan berkata, walaupun Jack Grealish tidak bermain seperti yang diingininya musim ini, dia masih dalam pencalonan untuk disenaraikan.

Marcus Rashford diketepikan daripada skuad sementara 33 pemain menjelang kejohanan di Jerman itu dan terdapat khabar angin mengatakan Grealish boleh menjadi antara nama besar yang bakal digugurkan Southgate bagi mengurangkan skuad kepada 26 pemain menjelang 7 Jun.

Grealish membuat hanya 20 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Manchester City musim ini, menjaringkan tiga gol, dan juga pemain gantian yang tidak digunakan dalam kekalahan final Piala FA mereka kepada Manchester United bulan lalu.

Ditanya sama ada Grealish berada dalam bahaya untuk terlepas peluang ke Jerman, Southgate berkata: "Saya tidak fikir mengenainya, kami belum mentakrifkannya lagi. Saya fikir kita tahu di mana kita mungkin berada.

"Saya tidak bercakap dengannya secara khusus mengenai perlawanan akhir Piala FA. Tetapi dia benar-benar berpeluang cerah dan dia suka berada di sini.

"Musim ini dia tidak bermain begitu banyak. Saya pasti dia akan suka perkara itu untuk menunjukkan perbezaan tetapi kita tahu kualiti yang dia boleh bawa. Dia adalah pemain yang kami suka bekerja dengannya."

Southgate menambah, ada masa untuk pemain menarik perhatiannya dalam perlawanan persahabatan menentang Bosnia & Herzegovina dan Iceland minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2024 @ 7:27 PM