Jack Grealish (kanan) ketika beraksi bersama England dalam saingan Liga Negara-Negara bulan lalu. FOTO AFP
Jack Grealish (kanan) ketika beraksi bersama England dalam saingan Liga Negara-Negara bulan lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Aston Villa belum bersedia menjual Jack Grealish bagi jumlah kurang daripada £100 juta (RM545.6 juta) menurut beberapa laporan.

Pemain kebangsaan England itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang bertanding di Liga Juara-Juara selepas dia menjadi tonggak utama buat skuad Villa musim lalu.

Namun Grealish memilih untuk menyambungkan komitmen masa depan bersama skuad kendalian Dean Smith itu sehingga 2025 di sebalik minat ditunjukkan Manchester United pada musim panas lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu sekali lagi menjadi tonggak penting penampilan baik Villa pada awal kempen 2020-21, dengan Manchester City juga dipercayai dalam usaha mendapatkan tanda tangan Grealish.

Bagaimanapun, menurut The Telegraph, ia mungkin membabitkan jumlah tertentu untuk membawa keluar Grealish dari Villa Park sekalipun kelab itu boleh memperoleh sekitar £70 juta (RM384.1 juta) pada musim panas nanti.

Grealish sudah meledak enam gol dan enam bantuan gerakan menghasilkan gol dalam semua kejohanan untuk Aston Villa pada musim 2020-21.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 9:52 PM