GREALISH (kanan) berjaya memberikan persembahan cemerlang ketika bersama England. FOTO AFP
GREALISH (kanan) berjaya memberikan persembahan cemerlang ketika bersama England. FOTO AFP
AFP

London: Pemain sayap Aston Villa, Jack Grealish mengakui bahawa dia perlu beraksi di kejohanan utama sebelum layak untuk dibandingkan dengan legenda England, Paul Gascoigne.

Grealish dilihat sudah mampu untuk meyakinkan pengurus England, Gareth Southgate selepas beraksi sebanyak tiga kali dalam perlawanan antarabangsa.

Ketua pasukan Villa itu memberikan persembahan meyakinkan ketika menentang Republik Ireland dan Belgium, manakala terbaru ketika mengalahkan Iceland 4-0 awal pagi tadi.

Dia terpaksa menunggu sehingga usia 25 tahun untuk menembus masuk ke dalam skuad England selepas sebelum ini agak bergelut walaupun sudah memberikan persembahan terbaik bersama Villa.

Gaya kawalan bolanya dibandingkan dengan bekas pemain tengah Tottenham, Lazio dan Rangers, Gascoinge, yang menjadi ikon di atas persembahan menakjubkan ketika Piala Dunia 1990 dan Euro 1996.

Grealish mengakui dia memang sangat meminati Gascoigne namun harus menjelaskan ia masih belum mencukupi kecuali dia dapat beraksi di Euro tahun depan atau Piala Dunia 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 11:21 PM