COURTOIS diketepikan pasukan Belgium akibat kecederaan. -FOTO AFP
COURTOIS diketepikan pasukan Belgium akibat kecederaan. -FOTO AFP
Reuters

London: Penjaga gol Real Madrid dari Belgium, Thibaut Courtois tidak akan tersenarai untuk Euro 2024 selepas diketepikan untuk sebahagian besar musim ini akibat kecederaan, kata jurulatih, Domenico Tedesco.

Pemain berusia 31 tahun itu masih belum beraksi musim ini selepas mengalami kecederaan ACL pada Ogos lalu dan meniskus koyak pada Mac tetapi bersedia untuk kembali ke kelabnya.

Courtois berkata pada Disember lalu dia tidak akan cergas sepenuhnya untuk bermain di Jerman walaupun dia pulih lebih cepat daripada yang dijadualkan.

Namun Tedesco memberitahu bahawa Courtois yang bermain 102 perlawanan antarabangsa, tidak akan bersama skuad itu.

"Kami memberi tumpuan kepada pemain yang cergas," kata Tedesco, selepas memilih Koen Casteels dari Vfl Wolfsburg sebagai pilihan pertamanya di gawang.

Belgium memulakan kempen Kumpulan E mereka di Euro menentang Slovakia pada 17 Jun sebelum berdepan Romania dan Ukraine.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 9:32 AM