BAS yang dinaiki pemain dan pegawai Marseille pecah selepas dibaling dengan objek batu. FOTO Agensi
BAS yang dinaiki pemain dan pegawai Marseille pecah selepas dibaling dengan objek batu. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Disebabkan balingan batu, aksi Ligue 1 babitkan Marseille menentang Lyon terpaksa ditunda yang disifatkan agak keterlaluan kerana hingga mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian itu, bas yang membawa pasukan Marseille dihujani baju hingga mendatangkan kecederaan kepada pemain dan pegawai kelab itu.

Antara yang parah adalah pengurus Marseille, Fabio Grosso yang dirakam berada di atas pengusung dengan muka berlumuran darah.

Badan induk bola sepak Perancis, Ligue de Football Professionnel mengesahkan perlawanan itu ditangguhkan selepas mesyuarat tergempar diadakan ekoran insiden itu.

"Dalam mesyuarat unit krisis berikutan insiden yang berlaku di luar Stade Velodrom, Olympique Lyonnais menyatakan keengganannya untuk beraksi dalam perlawanan itu berdasarkan keadaan semasa.

"Selepas rundingan dengan Olympique de Marseille dan pihak berkuasa awam, perlawanan ini tidak akan dimainkan petang ini.

"Kini terpulang kepada Suruhanjaya Liga untuk memutuskan nasib perlawanan ini dengan merujuk kepada artikel 544 peraturan pertandingan," kata kenyataan badan induk itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 12:38 PM