DE Zerbi bakal memulakan cabaran baharu di Ligue 1. FOTO  AFP
DE Zerbi bakal memulakan cabaran baharu di Ligue 1. FOTO AFP
AFP

Marseille: Bekas bos Brighton, Roberto De Zerbi disahkan sebagai jurulatih baharu kelab Ligue 1, Marseille.

Kelab itu mengumumkan awal minggu ini bahawa ia mempunyai 'perjanjian pada dasarnya' dengan De Zerbi tetapi kenyataan baru di laman web mereka mengukuhkan perjanjian itu.

"Marseille dengan sukacitanya mengumumkan perpindahan jurulatih Itali untuk tiga musim akan datang," kata kenyataan itu.

De Zerbi, 45, menggantikan Jean Louis Gasset yang menerajui juara Liga Juara-Juara Eropah 1993 itu.

"Saya mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menyertai kelab itu," kata De Zerbi.

"Sejarah dan prestij yang mengelilingi Marseille, semangat penyokongnya dan kesungguhan yang ditunjukkan kepada saya adalah semua faktor penentu.

"Saya tidak sabar untuk duduk di bangku simpanan di Velodrom, kali ini sebagai jurulatih OM, dan membantu kelab mendapatkan semula kedudukan yang sepatutnya Marseille."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 10:53 AM