GAYA Sarabia meraikan jaringannya ketika menentang   Lorient. FOTO Reuters
GAYA Sarabia meraikan jaringannya ketika menentang Lorient. FOTO Reuters
Reuters

JARINGAN lewat Pablo Sarabia membolehkan Paris St Germain menewaskan kelab Ligue 2, Lorient 1-0 di tempat lawan dalam saingan 32 terakhir Piala Perancis, awal pagi tadi.

Pemain tengah, Sarabia membantu kemaraan pendahulu Ligue 1 itu bersama Angers, Dijon, Montpellier dan juara bertahan, Stade Rennais yang menang 2-0 ke atas Athletico Marseille.

PSG yang juga pemenang piala itu sebanyak 12 kali bermula hambar tanpa Neymar, Kylian Mbappe dan penjaga gol utama, Keylor Navas.

Sarabia kemudiannya menanduk masuk hantaran Thiago Silva 10 minit sebelum tamat perlawanan selepas pelawat tampil aksi lebih kemas pada babak kedua.

Dalam perlawanan terdahulu, pasukan juara, Stade Rennais mengesahkan kemenangan pada babak pertama yang berlangsung di venue salah satu stadium Marseille, Atletico hasil jaringan Hamari Traore dan Raphinha.

Pasukan lain dalam Ligue termasuk Olympique Lyonnais, St Etienne, Lille dan Olympique de Marseille turut menempah slot ke pusingan seterusnya hujung minggu ini.

Girondins de Bordeaux pula antara yang tewas mengejut selepas dimalukan kelab divisyen tiga, Pau pada Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 10:18 AM