PEMAIN Sabah FC, Stuart Wilkin (tengah) mengawal bola dari dirampas pemain Kuala Lumpur City FC, Lambert Ryan Edward (kanan) ketika beraksi dalam saingan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas malam tadi. FOTO MOHD ADAM ARININ
PEMAIN Sabah FC, Stuart Wilkin (tengah) mengawal bola dari dirampas pemain Kuala Lumpur City FC, Lambert Ryan Edward (kanan) ketika beraksi dalam saingan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas malam tadi. FOTO MOHD ADAM ARININ
Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Kehilangan fokus pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) membolehkan Sabah mendapat peluang menjaringkan gol kemenangan 3-2 pada minit akhir perlawanan dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.

Ia diakui pengendali KL City, Nenad Bacina, yang jelas tidak gembira dengan keputusan itu setelah pasukannya berjaya mengawal permainan dengan baik dan mendahului jaringan pada satu ketika.

Katanya, kelalaian itu menyebabkan KL City terpaksa menerima padah gagal mengutip sebarang mata di Likas walaupun pada mulanya kelihatan mempunyai peluang yang baik.

"Secara keseluruhan, saya fikir kita hilang fokus dan itu menyebabkan Sabah membolosi kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Dalam aksi malam tadi, KL City dikecewakan pemain import Sabah, Gabriel Peres apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-89 selepas kedudukan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Sebelum itu, KL City dapat mendahului permainan dengan 2-1 selepas pemain mudanya, Muhammad Haqimi Azim Rosli, menjaringkan gol kedua pada minit ke-70, kira-kira 11 minit selepas Romel Morales menjaringkan gol pertama KL City.

Sabah terlebih dahulu mendapat gol menerusi Stuart John Wilkin pada minit ke-50, disusuli gol kedua oleh Park Taesu pada minit ke-78 dan gol kemenangan Gabriel pada minit ke-89.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2023 @ 1:28 PM