LUKAKU ketika sesi latihan. FOTO AFP
LUKAKU ketika sesi latihan. FOTO AFP
Reuters

Frankfurt: Romelu Lukaku seakan tidak percaya terlepas deretan peluang ketika Belgium seri 0-0 dengan Croatia sekali gus menyaksikan mereka tersingkir awal pada Piala Dunia 2022.

Namun dia sekali lagi tampil di pentas besar dekat Kejohanan Eropah dengan impian mahu memadam kenangan pahit itu.

Lukaku akan mengetuai negaranya menentang Slovakia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E di Frankfurt, Selasa ini selepas menjaringkan 17 gol dalam 11 penampilan bersama pasukan kebangsaan sejak Piala Dunia.

Dia adalah penjaring terbanyak dalam saingan awal Euro 2024 apabila berjaya menjaringkan 14 gol.

Walaupun dia tidak selalu dapat mencapai prestasi terbaik di peringkat kelab sejak beberapa musim lalu, namun apabila mewakili Belgium, sukar untuk lawan menghalangnya.

Dia adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium dengan 85 gol dalam 115 penampilan sejak 2010.

"Jumlah jaringannya membuktikan segala-galanya. Dia tahu dengan tepat bila dia perlu melakukan hantaran," kata jurulatih Belgium, Domenico Tedesco kepada UEFA.com.

"Dia berbahaya dalam banyak situasi, bukan hanya dalam set piece dan hantaran silang. Dia sukar untuk diramal. Saya tidak fikir ramai pemain pertahanan akan memilih untuk bertahan apabila menentangnya," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 8:35 PM