GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Kepala Batas: Dua lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Muda di sini hari ini, kata pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman.

Beliau berkata mangsa dikenali Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14, lemas ketika mandi di pantai itu bersama rakan-rakan mereka.

"Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripadanya dilaporkan hilang kira-kira 5 petang tadi.

"Berikutan itu, pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mayat pertama iaitu Ho ditemukan pada 6.50 petang manakala mayat kedua (Lim) pula dijumpai 7.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 9:20 PM