MURRAY menyatakan hasrat untuk bersara akhir tahun ini. -FOTO AFP
MURRAY menyatakan hasrat untuk bersara akhir tahun ini. -FOTO AFP
AFP

London: Andy Murray disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat pemain perseorangan Britain di Sukan Olimpik Paris yang akan membuat penampilan kelimanya di temasya itu.

Murray berhasrat untuk bersara akhir tahun ini, diberikan tempat oleh ITF bersaing di Terbuka Perancis di Roland Garros biarpun berada di ranking ke-97 kerana menjadi bekas pemenang Grand Slam dan pemenang pingat emas Olimpik.

Juara Terbuka AS 2021 Emma Raducanu turut disenarai dalam acara beregu campuran.

Bagaimana dia dimaklumkan menolak tawaran itu kerana perubahan permukaan gelanggang selain baru pulih daripada kecederaan yang panjang.

Murray yang memenangi emas Olimpik di London 2012 dan Rio pada 2016, adalah salah seorang daripada empat pemain perseorangan lelaki yang dipilih bersama Jack Draper, Cameron Norrie dan Dan Evans serta Katie Boulter yang menjadi peserta tunggal wanita untuk Britain.

Joe Salisbury dan Neal Skupski akan mewakili Britain dalam acara beregu lelaki sementara pasangan Murray dan Evans tempat tambahan dalam pertandingan itu. Keputusan ini diputuskan oleh ITF - pengendali tenis dunia yang menguruskan kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 8:51 PM