BEG yang didakwa mengandungi bom molotov di bawa oleh lelaki yang ditembak polis beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan bola sepak Euro 2024 Kumpulan D antara Poland dan Belanda. -FOTO AFP
BEG yang didakwa mengandungi bom molotov di bawa oleh lelaki yang ditembak polis beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan bola sepak Euro 2024 Kumpulan D antara Poland dan Belanda. -FOTO AFP
AFP

Hamburg: Polis menembak dan mencederakan seorang lelaki yang mengancam mereka dengan kapak dan bom molotov menjelang perlawanan Euro 2024 di Hamburg hari ini, kata pihak berkuasa Jerman.

Insiden itu mencetuskan "operasi besar" di daerah St Pauli di bandar itu, kata polis di X.

"Penyerang itu mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan perubatan," kata mereka.

Menurut jurucakap polis, tidak ada tanda-tanda bahawa insiden itu dikaitkan dengan pertembungan Euro 2024 antara Poland dan Belanda.

Penyerang "keluar dari sebuah pub dengan kapak dan koktel Molotov dan mengancam polis," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa suspek ditembak di kaki.

Insiden itu berlaku berhampiran stesen Reeperbahn, lebih satu kilometer dari zon peminat rasmi di bandar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 9:15 PM