MISBUN (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Ketua Pengarah Eksekutif Destina 1 International, Datuk Seri Dr Barani Karanakaran pada majlis MOU legenda badminton dengan Destina 1 International bagi mempromosikan program Uniwave by Quantes Technology gaya hidup sihat. Turut serta Jalani. FOTO ROHANIS SHUKRI
MISBUN (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Ketua Pengarah Eksekutif Destina 1 International, Datuk Seri Dr Barani Karanakaran pada majlis MOU legenda badminton dengan Destina 1 International bagi mempromosikan program Uniwave by Quantes Technology gaya hidup sihat. Turut serta Jalani. FOTO ROHANIS SHUKRI
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Tahap kesihatan luar biasa oleh legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang aktif dalam dunia sukan pada usia emas tidak akan tercapai tanpa gaya hidup sihat.

Salah satu rahsianya adalah penggunaan "Uniwave by Quantes Technology" hasil ciptaan syarikat tempatan oleh Destina1 International bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan inovatif di seluruh negara.

Atas faktor itu mendorong pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif, Datuk Sri Dr K Barani memeterai kolaborasi strategik Destina1 bersama Misbun dan Datuk Seri Jalani Sidek.

Barani berkata, antara produk keluarannya adalah gelang mengetik yang boleh menjadi penyelesaian kepada pelbagai masalah kesihatan.

Jelasnya, Uniwave itu adalah satu-satunya produk keluaran syarikat tempatan yang menggunakan teknologi inovatif dan kini sudah memasuki 80 negara di seluruh dunia.

"Uniwave menggunakan teknologi inovatif yang memberi fokus kepada kesihatan sel manusia, pengoptimuman tenaga sel dan perlindungan daripada radiasi.

"Kajian sudah dijalankan oleh sebuah institut di Slovakia dan mereka memberi pengiktirafan atas keberkesanan teknologi ini dalam meningkatkan tahap kesihatan sel tubuh kita," katanya.

Malah Misbun dan Jalani mengakui mereka yang sudahpun menggunakan produk ini sejak 15 tahun lalu mengakuinya ia 'luar biasa'.

Sementara Barani mengumumkan Destina1 akan memperkenalkan rangkaian produk The Sidek termasuk gelang tenaga Uniwave yang dihasilkan oleh Kritalia & Co, barang kemas eksklusif buatan Itali yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Sementara itu Misbun ketika ditemui pada majlis pematerian kerjasama itu berkata, beliau menggunakan produk kesihatan dari syarikat tersebut selama lebih 15 tahun selepas diperkenalkan oleh seorang rakan, mengakui bahawa produk itu banyak membantunya dalam menjalankan tugas harian serta sebagai jurulatih badminton.

"Produk ini memberikan kelebihan dari segi kekuatan, daya tahan, pernafasan, dan pemulihan.

"Dengan kolaborasi ini saya berharap dapat menyebarkan manfaat kesihatan dan kesejahteraan kepada lebih ramai orang dan menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan harian," katanya.

Untuk maklumat lanjut berhubung produk berkenaan anda boleh layari laman web, www.destina1.com, e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian +601110261789.

Anda juga boleh menyertai program siaran langsung di platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 9:33 PM