MBAPPE jadi rebutan kelab utama Eropah.
MBAPPE jadi rebutan kelab utama Eropah.
Agensi

London: Kylian Mbappe yang dijangka meninggalkan PSG pada musim panas ini dilapor bakal mendapat bayaran lumayan daripada gergasi Ligue 1 itu.

Walaupun dia mendedahkan tidak akan menandatangani kontrak baharu dengan PSG, Sky Sports mendakwa Mbappe, 24, bakal mendapat £51 juta (RM298.90 juta) sebagai sebahagian daripada bonus kesetiaannya dalam kontrak.

Laporan mendakwa klausa itu akan diaktifkan jika dia masih di kelab pada 1 Ogos yang mencetuskan spekulasi dalam kalangan penyokong bahawa dia hanya akan meninggalkan kelab selepas mendapat bayaran itu.

Penyerang itu mahu dijual kelab Parisian yang terdesak tidak mahu kehilangannya secara percuma tahun depan sekali gus menarik minat beberapa kelab seperti Chelsea, Newcastle, Manchester United, Inter Milan dan Tottenham.

Namun tiada bidaan daripada mana-mana kelab selumayan bidaan kelab Arab Saudi Al-Hilal yang menawarkan harga rekod dunia £259 juta untuk Mbappe namun dia setakat ini dilaporkan tidak berminat dengan tawaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 10:24 PM