ORANG ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu di dalam fotofit berkenaan diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan PDRM
ORANG ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu di dalam fotofit berkenaan diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.

"Suspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 9:54 PM