GAMBAR FAIL Ebrahim Raisi. FOTO Reuters
GAMBAR FAIL Ebrahim Raisi. FOTO Reuters
BERNAMA-IRNA

Tehran: Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.

Tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

Helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad, katanya.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu yang lain berada di dalam helikopter itu, lapornya.

Koresponden IRNA berkata pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.

Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 9:52 PM