MBAPPE peledak berbisa PSG.
MBAPPE peledak berbisa PSG.
Agensi

Paris: Kylian Mbappé dilarang menjalani latihan bersama skuad utama Paris Saint-Germain susulan kemelut kontraknya dengan kelab masih belum menampakkan tanda penyelesaian.

PSG kembali ke pusat latihan mereka semalam selepas tamat aksi pramusim di Korea Selatan dan Jepun tetapi Mbappe hanya dibenarkan berlatih dengan skuad B PSG.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu enggan memperbaharui kontraknya yang tamat penghujung musim panas depan manakala PSG mahu menjualnya sekarang daripada melepaskannya dengan percuma.

Tindakan Mbappe itu menyebabkan dia disisihkan daripada siri jelajah pramusim PSG di Asia.

Dia kemudiannya enggan bertemu wakil Al-Hilal yang menawarkan bidaan rekod dunia untuk membawanya ke Liga Pro Saudi.

PSG memulakan kempen mempertahankan gelaran liga menentang Lorient di tempat sendiri Sabtu ini dan difahamkan Mbappe akan hanya menjalani latihan dengan skuad simpanan berbanding kumpulan A yang pemainnya boleh tampil dalam skaud utama.

Sumber PSG berkata usaha terbaru mereka untuk menyelesaikan kebuntuan ialah menawarkan Mbappe klausa jaminan penjualan dalam kontrak baharunya tetapi turut ditolak pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2023 @ 10:45 AM