RONALDO melengkapkan perpindahan ke Al-Nassr. FOTO AFP
RONALDO melengkapkan perpindahan ke Al-Nassr. FOTO AFP
Agensi

London: Ahli perniagaan Arab Saudi, Mushref Al-Ghamdi sanggup membida £2.2 juta (RM11.6 juta) untuk mendapatkan tiket 'Beyond Imagination' yang membolehkannya bertemu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Bidaan sedang berlangsung untuk tiket membabitkan perlawanan antara XI Saudi All-Star menampilkan pemain dari Al-Hilal dan Al-Nassr iaitu kelab baharu Ronaldo bertemu PSG di Riyadh pada 19 Januari.

Bidaan itu dijangka ditutup pada 17 Januari, dan Al-Ghamdi, pengurus besar kumpulan hartanah AqarOne, mendahului dengan nilai bidaan paling tinggi setakat ini.

Selain menonton perlawanan, pemegang tiket itu akan mendapat peluang untuk menghadiri majlis meraikan pemenang dan memasuki kedua-dua bilik persalinan sekali gus berpeluang bertemu Ronaldo dan Messi.

Perlawanan itu pastinya sangat istimewa dengan Ronaldo akan membuat penampilan sulungnya di Arab Saudi selepas menandatangani kontrak dengan Al-Nassr bulan lalu.

Pemain berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak bernilai £175 juta (RM923.7 juta) setahun sehingga 2025.

Bagaimanapun dia tetapi terpaksa menunggu untuk beraksi pada perlawanan pertamanya bersama Al-Nassr selepas kelab itu sudah memenuhi kuota pemain import.

Ronaldo juga perlu memenuhi hukuman penggantungan dua perlawanan selepas memecahkan telefon bimbit seorang penyokong ketika masih di Manchester United, April lalu.

Ronaldo akhirnya masih belum beraksi tetapi dia dilihat sudah bersedia untuk pertemuan menentang PSG.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 8:43 PM