MANCHESTER City berbelanja besar untuk mendapatkan Haaland (dua kanan). FOTO Reuters
MANCHESTER City berbelanja besar untuk mendapatkan Haaland (dua kanan). FOTO Reuters
Agensi

London: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) membelanjakan sebanyak £318.2 juta (RM1.7 bilion) bagi yuran ejen sepanjang tahun lalu.

Perbelanjaan dari 1 Februari 2022 hingga 31 Januari 2023 itu adalah jumlah yang direkodkan dalam tempoh 12 bulan dan meningkat £46 juta (RM250.57 juta) pada tahun lalu.

Juara, Manchester City mendahului carta dengan £51.6 juta (RM281 juta), lebih £200,000 (RM1.08 juta) berbanding daripada apa yang mereka bayar kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan 'mesin gol' Norway, Erling Haaland pada musim panas lalu.

Sebanyak £35 juta (RM190.65 juta) dibayar kepada ejen bagi memuktamadkan perjanjian untuk membawa masuk Haaland ke Stadium Etihad.

Sementara itu, Chelsea yang menandatangani 21 pemain secara tetap di bawah pemilik baharu dari Amerika Syarikat, Todd Boehly selain Denis Zakaria dan Joao Felix yang dibawa masuk secara pinjaman, muncul kelab kedua yang berbelanja besar dengan £43.2 juta (RM235.32 juta).

Liverpool berada di tempat ketiga dengan £33.7 juta (RM183.57 juta) manakala Manchester United membelanjakan £24.7 juta (RM134.55 juta).

Ia diikuti Arsenal dan Tottenham Hotspur dengan masing-masing membelanjakan £16.7 juta (RM90.97 juta) dan £16.1 juta (RM87.70 juta).

Nottingham Forest yang menandatangani 30 pemain di kedua-dua jendela perpindahan tetapi menduduki tempat terakhir kerana mereka membelanjakan £4.4 juta (RM23.97 juta) untuk yuran ejen.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2023 @ 11:00 AM